oklah meh share lauk pak berbuka disaat kemalasan menguasai diri..dah hujung2 ni masing2 dah no idea nak makan apa..sahur pun awal2 sebab dah x larat nak bangun pagi..awal x awal, kol 2-3 jugak..dan 2-3 kali jugakla sahur kat luar lepak2 dengan cousins..patutnye dok wat qiamullail ke hape ke..ni dok qiam kat mapley mkn charkueyteow 5 pinggan sambil borak + gelak x hengat dunia....alahaiii cucu tokki (^__^)
ikan selar goreng 2 version..yang atas tu version garam kunyit je..yang bawah version perap ngan bawang besar, bawang putih, cili api, belacan & garam..syahdu je bila makan dgn bubur nasik...hehehhe
ni pulak hasil beli kat gerai kak siti..cumi sambal...aku makan 2 ekor je, tu pun perut dah bagi warning...tetttt tettttt...NO PEDASSSS!!! NO PEDASSSSS!!!
asam pedas ikan pari...pun made by kak siti...aku x makan pun ikan..cuma amik kuah campur sikit dengan bubur..hubby yang tukang habiskan sahur pagi tadi
air soyaaa...air soyaaa....citer pasal soya ni lawak pun ada. masa kitorang balik dari cat kubur, aku dah termimpi2 minum air soya. tapi nak minum soya Yeos tu, takmo yg beli tepi jalan...dah le masing2 penat..sedar2 dah sampai setapak. terus bagitau hubby nak singgah 7-11 sebab nak beli soya. rupanya hubby pun teringin soya jugak. tapi nak soya cincau. terus singgah 7-11, rembat 2 kotak besar soya ngan cincau dalam tin 2 tin...haaa hameekkk kooo!!! tengok kotak soya tu pun dah telan2 air liur..gulpp..gulpp...masa berbuka tu 'se-eh' minum soya cincau...puas ati makkkk!!
dalam last week kot, aku teringin sangat nak makan nasik ayam. balik keje terus ujan. nak taknak tunggu ujan berenti, kol 6++ turun kedai tomyam kat bawah ni beli nasik ayam....huhu sedey pilu....makan 2-3 mulut dah x boleh telan..nasiknya ANTAHHHH!!! adoiii tensen haku..mujur ada murtabak, cover perut dgn murtabak je la... huhuhu
dah bosan buat lauk, satu petang tu aku at nasik goreng simple..main campak2 je...wahhh 2kali tambah jugaklaa...dah le aku takleh nak telan nasik, sekali dapat nasik goreng, lajuuuuu la pulak...hepiiii =D
ni pulak menu petang jumaat lepas..kononnya nak buat bubur lambuk. balik keje beli taufufa je. sampai umah, dok baring2 depan tv, tengok2 terlelap..sedar2 jee....dah kol 7 koo!! kelam kabut solat asar. hmmm bubur lambuk ntah kemana..last2 berbuka makan taufufa je..huhu sedeyyyy..
tapi lepas je solat magrib, bersilat le aku kat dapur menyiapkan bubur lambuk....kol 8.30 dah boleh makan...nyum nyummm.....syedappppp....
3 comments:
nak lagi gambar makanan kak, nak lagii ;D
eh lupe nak cakap, i vote for gambar nasik goreng kat atas tu huhu
dd: amboiii...macam la akak ni tokey restoren..heheheh...nasik goreng campak2 je dd, yg penting ada bilis, telur & sayur..heheh
Post a Comment